Penghasilan estolide berasaskan asid risinoleik ricinus communis / Nazrizawati Ahmad Tajuddin

Ahmad Tajuddin, Nazrizawati (2009) Penghasilan estolide berasaskan asid risinoleik ricinus communis / Nazrizawati Ahmad Tajuddin. In: Prosiding Kolokium 2008-2009.

[img] Text
PRO_NAZRIZAWATI AHMAD TAJUDDIN C 09.pdf

Download (1MB)

Abstract

Biopelincir estolide dihasilkan melalui tindak balas asid risinoleik dari minyak jarak (Ricinus communis) dengan asid laurik dan 2-etilheksil alkohol. Tindak balas dijalankan di dalam keadaan vakum s el am a 24 jam. Samp el biji jarak telah dikumpul dan diekstrak dengan menggunakan kaedah Soxhlet. Proses hidrolisis dijalankan bagi mendapatkan asid lemak bebas. Analisis Kromatografi Gas (GC) menunjukkan kandungan asid risinoleik yang tinggi (82.835 %) selepas dihidrolisis. Beberapa analisis seperti penentuan lemak kasar, kelembapan, nilai iodin, nilai peroksida, nilai penyabunan dan penentuan bahan tak tersabun telah dijalankan bagi mengkaji sifat fiziokimia minyak jarak. Basil estolida 2-etilheksil ester dicirikan dengan menggunakan analisis spektroskopi Inframerah (IM) bagi mengetahui kumpulan berfungsi yang hadir di dalam struktur estolida dan Resonans Magnetik Nukleus (RMN) untuk mengesahkan struktur estolida ester yang terhasil. Kehadiran kumpulan ester pada puncak serapan 1738 cm'1 menandakan berlakunya pembentukan estolida ester yang lengkap. Kehadiran kumpulan C-0 padajalur serapan 1175 cm'1 dan 1117 cm'1 menyokong kenyataan tersebut. Kehadiran CH2 bengkokan pada panjang gelombang 724 cm'1 menunjukkan sebatian berantai panjang. Spektrum RMN !H dan J3C menunjukkan nilai simulasi dan eksperimen berpadanan dengan struktur molekul estolida. Rangkaian estolide ester bagi proton *H berada pada anjakan 3.8669 ppm (a -ester) dan 4.5438 ppm (a-asid). Nilai anjakan karbon 13C menunjukkan terdapat dua puncak karbonil yang berbeza dalam rantai estolida iaitu karbonil ester (173.5697 ppm) dan karbonil asid (176.7888 ppm).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Ricinus communis, estolide, esktrak, asid risinoleik, ester, pencirian
Subjects: Q Science > QD Chemistry
T Technology > TP Chemical technology > Petroleum refining. Petroleum products
Divisions: Universiti Teknologi MARA Pahang, Jengka > UiTM Press, Pahang
Depositing User: Admin Pendigitan PTAR
Date Deposited: 30 Oct 2014 02:15
Last Modified: 21 Jan 2016 06:36
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11013

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year